Masjid Al-Akram, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur mula dibina lebih kurang tiga bulan selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969 dan telah siap pembinaanya pada 31 Mei 1971.
Tuesday, 26 March 2013
Masjid Al-Akram, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur mula dibina lebih
kurang tiga bulan selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Setelah siap
pembinaanya pada 31 Mei 1971, Masjid Al- Akram ini dikatakan sebagai
masjid tercantik dan termoden di Kuala Lumpur pada masa itu. Kejayaan
dan pencapaian cemerlang AJK masjid dari berbagai aspek, diiktiraf oleh
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) apabila Masjidul Akram
ini dipilih sebagai "Masjid Contoh" di antara lebih 30 buah masjid di
Wilayah Persekutuan sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1990 dan 1994
dengan hadiah wang sebanyak RM 7,000.00. Terbaru, masjid ini juga
diikitiraf oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan
meraih Anugerah Tanah Perkuburan Terbaik bagi tahun 2009 dan 2011.
Masjid ini dikelolakan secara bersama oleh ahli-ahli jawatankuasa masjid
yang dilantik serta empat orang kakitangan Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan (JAWI) terdiri daripada Ketua Imam, Penolong Ketua Imam,
Ketua Bilal dan Penolong Bilal. Kakitangan masjid ini juga merangkumi
lima orang imam dan 4 orang bilal yang bertugas pada setiap waktu solat.
(seperti di lampiran) Selain untuk tujuan beribadah, masjid juga
sering mengadakan program-program kerohanian meliputi kuliah-kuliah
Subuh, Maghrib serta Isya’, majlis tadarus Al-Quran, sambutan hari-hari
kebesaran Islam, gotong royong, khidmat sosial dan sebagainya dalam
usaha memakmurkan rumah Allah serta merakyatkan institusi masjid ini
kepada masyarakat setempat khususnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment