Tuesday, 26 March 2013



MAKLUMAN :
BERMULA DARI 1 JANUARI 2013 SEHINGGA DIBERITAHU KELAK, BAGI SEGALA URUSAN BERKAITAN DENGAN NIKAH, CERAI DAN RUJUK DI MASJID INI TELAH DIAMBIL ALIH OLEH PENOLONG PENDAFTAR NIKAH DI MASJID MUADZ BIN JABAL, SETIAWANGSA MASJID AL- MUTTAQIN, WANGSA MELAWATI DAN MASJID SOLIHIN, PULAPOL.

SEGALA URUSAN BOLEH BERHUBUNG DENGAN PEGAWAI TERSEBUT:
USTAZ MUAZZIN : 013-4331037
MASJID MUADZ BIN JABAL, SETIAWANGSA
USTAZ HAMZAH : 013-2122758
MASJID AL-MUTTAQIN, WANGSA MELAWATI
USTAZ ZAKI : 017-2511973
MASJID SOLIHIN,PULAPOL

Masjid Al-Akram, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur mula dibina lebih kurang tiga bulan selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Setelah siap pembinaanya pada 31 Mei 1971, Masjid Al- Akram ini dikatakan sebagai masjid tercantik dan termoden di Kuala Lumpur pada masa itu. Kejayaan dan pencapaian cemerlang AJK masjid dari berbagai aspek, diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) apabila Masjidul Akram ini dipilih sebagai "Masjid Contoh" di antara lebih 30 buah masjid di Wilayah Persekutuan sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1990 dan 1994 dengan hadiah wang sebanyak RM 7,000.00. Terbaru, masjid ini juga diikitiraf oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan meraih Anugerah Tanah Perkuburan Terbaik bagi tahun 2009 dan 2011. Masjid ini dikelolakan secara bersama oleh ahli-ahli jawatankuasa masjid yang dilantik serta empat orang kakitangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) terdiri daripada Ketua Imam, Penolong Ketua Imam, Ketua Bilal dan Penolong Bilal. Kakitangan masjid ini juga merangkumi lima orang imam dan 4 orang bilal yang bertugas pada setiap waktu solat. (seperti di lampiran) Selain untuk tujuan beribadah, masjid juga sering mengadakan program-program kerohanian meliputi kuliah-kuliah Subuh, Maghrib serta Isya’, majlis tadarus Al-Quran, sambutan hari-hari kebesaran Islam, gotong royong, khidmat sosial dan sebagainya dalam usaha memakmurkan rumah Allah serta merakyatkan institusi masjid ini kepada masyarakat setempat khususnya.